Tuesday, May 19, 2009

WAWASAN SEKOLAH

Membentuk anak-anak pelajar yang boleh menyesuaikan diri kepada keadaan dan persekitaran moden.

MATLAMAT

*Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.
*Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
*Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
*Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

MISI

Membangunkan Potensi Individu Pendidikan Berkualiti

VISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

Tuesday, May 5, 2009

Laporan Perpustakaan

Topik : Pengurusan bahan buku secara pengautomasian

Objektif :
1. Memberi perkhidmatan yang lebih sempurna dan
2. Memudahkan proses peminjaman dan
3. Segala maklumat lebih mudah
4. Mengurangkan kos kehilangan stok.

Sasaran : Semua guru dan murid tahun 3 hingga tahun6

Perlaksanaan : Semua ahli jawatan kuasa kerja perpustakaan, PSS dan dibantu guru-guru waktu perpustakaan.

Mulai dari tahun 2006 "Library System 2" telah digunakan di perpustakaan sekolah ini. "Library System 2" merupakan sistem pengurusan pusat sumber di komputer. Perisian ini melibatkan pelbagai aspek seperti pengurusan keahlian, pengurusan buku, pengurusan pinjaman dan pulangan.

Melalui sistem ini laporan seperti slip kerja, katalog dan analisa jumlah buku mengikut pengkelasan dapat diproses secara automatik.

Murid mempunyai kad ID keahlian yang mengandungi maklumat dan gambar tersendiri. Segala proses peminjaman dan pemulangan dijalankan melalui komputer dan scanner.

Setiap buku ada barcode label dan nombor rak. Buku-buku dikelaskan mengikut sistem Perpuluhan Dewey iaitu 000 hingga 900.

Buku-buku diletakkan di rak yang berlainan mengikut pengkelasan serta tahap sesebuah buku itu. Cara ini memudahkan guru-guru dan murid-murid mencari buku yang dikehendaki.